Monday, 18 July 2011

Audit Sirim

Audit Sirim telah dijalankan hari ini 18 Julai 2011 di KP Pendang. Alhamdulillah tiada satu pun isu dikeluarkan. Terima kasih buat semua Warga Pergigian Pendang termasuk YM kami Dr. Azanee.

Monday, 4 July 2011

Karnival Sihat Sepanjang Hayat 2011

Karnival Sihat Sepanjang Hayat 2011 Peringkat Negeri Kedah Darulaman anjuran PKD Pendang telah di adakan pada 2 Julai (sabtu) hingga 3 Julai 2011 (ahad) bertempat di perkarangan Mini Stadium Pendang. Aktiviti luar yang telah dijalankan adalah pertandingan bola jaring, futsal lelaki dan perempuan, congkak, acara memasak, senam robik dan larian sihat pelbagai kategori juga diadakan.

Unit Kesihatan yang terlibat adalah dari:-
a)  Unit farmasi JKN
b)  UPB Vektor
c)  Unit Kawalan Penyakit Berjangkit
d)  Unit Kawalan Penyakit Tak Berjangkit
e)  CPR & Fisio Therapi
f)   Unit Aids & STI
g)   Bhg.Kesihatan Kualiti Makanan
h)  Unit Pemakanan
i)   KPAS - Keselamatan Pekerjaan & Alam Sekitar
j)  Unit Pergigian - Klinik Pergigian Pendang

* Klinik Pergigian Pendang telah memberi perkhidmatan pemeriksaan gigi percuma kepada orang awam.disamping mengadakan booth pameran bertemakan "Oral Cancer"

Agensi kerajaan yang terlibat adalah dari   :-
a) Pejabat Veterinar
b) Pejabat Pertanian
c) E Idaman
d) Jabatan Pertahanan Awam (JPA)
e) Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK)
f) PAROL

 Majlis Perasmian Karnival Sihat Sepanjang Hayat telah di rasmikan  oleh Timbalan  Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Darulaman iaitu Yang Berbahagia Dr. Hayati Bt Mohd Radzi.




Dr. Hayati Mohd Radzi
Timbalan  Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Darulaman

Friday, 3 June 2011

HARI PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN BERSAMA TADIKA/TASKA PENYAYANG

  Pada 2 Jun 2011 baru-baru ini Klinik Pergigian Pendang telah menganjurkan Hari Kesihatan Pergigian   Bersama Taska/Tadika Penyayang.


Tujuaan diadakan Program Kesihatan Pergigian untuk “Toddler” adalah untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya kesihatan pergigian pada peringkat toddlers (kanak-kanak berumur 4 tahun dan kebawah).
 Aktiviti dalam Program Toddlers telah didokumenkan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) sejak tahun 2005. Kejadian karies awal pada golongan kanak-kanak ini akan member kesan kepada meningkatnya  kejadian karies pada gigi  kekal. Dengan ini, pemerhatian terhadap kesihatan mulut bagi golongan ini akan memberikan kesan jangka panjang yang baik kepada kanak-ini untuk sepanjang hayat mereka.
Maka Program Promosi Kesihatan Pergigian patut diadakan bagi meningkatkan lagi kesedaran Ibu-bapa / penjaga kepada golongan ini terhadap kesihatan gigi dan mulut.

 
               OBJEKTIF

1.1         Mempromosikan aktiviti pencegahan kepada guru tadika di Taska / Tadika Penyayang.
1.2         Untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya kesihatan pergigian pada peringkat toddlers ( kanak – kanak berumur 4 tahun dan kebawah).
1.3         Untuk mengawal kejadian karies gigi awal pada golongan ini.
1.4         Memberi pendedahan kepada guru tentang penjagaan kesihatan pergigian.