Monday, 4 July 2011

Karnival Sihat Sepanjang Hayat 2011

Karnival Sihat Sepanjang Hayat 2011 Peringkat Negeri Kedah Darulaman anjuran PKD Pendang telah di adakan pada 2 Julai (sabtu) hingga 3 Julai 2011 (ahad) bertempat di perkarangan Mini Stadium Pendang. Aktiviti luar yang telah dijalankan adalah pertandingan bola jaring, futsal lelaki dan perempuan, congkak, acara memasak, senam robik dan larian sihat pelbagai kategori juga diadakan.

Unit Kesihatan yang terlibat adalah dari:-
a)  Unit farmasi JKN
b)  UPB Vektor
c)  Unit Kawalan Penyakit Berjangkit
d)  Unit Kawalan Penyakit Tak Berjangkit
e)  CPR & Fisio Therapi
f)   Unit Aids & STI
g)   Bhg.Kesihatan Kualiti Makanan
h)  Unit Pemakanan
i)   KPAS - Keselamatan Pekerjaan & Alam Sekitar
j)  Unit Pergigian - Klinik Pergigian Pendang

* Klinik Pergigian Pendang telah memberi perkhidmatan pemeriksaan gigi percuma kepada orang awam.disamping mengadakan booth pameran bertemakan "Oral Cancer"

Agensi kerajaan yang terlibat adalah dari   :-
a) Pejabat Veterinar
b) Pejabat Pertanian
c) E Idaman
d) Jabatan Pertahanan Awam (JPA)
e) Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK)
f) PAROL

 Majlis Perasmian Karnival Sihat Sepanjang Hayat telah di rasmikan  oleh Timbalan  Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Darulaman iaitu Yang Berbahagia Dr. Hayati Bt Mohd Radzi.




Dr. Hayati Mohd Radzi
Timbalan  Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Darulaman

No comments:

Post a Comment