Pada 2 Jun 2011 baru-baru ini Klinik Pergigian Pendang telah menganjurkan Hari Kesihatan Pergigian Bersama Taska/Tadika Penyayang.
Tujuaan diadakan Program Kesihatan Pergigian untuk “Toddler” adalah untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya kesihatan pergigian pada peringkat toddlers (kanak-kanak berumur 4 tahun dan kebawah).
Aktiviti dalam Program Toddlers telah didokumenkan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) sejak tahun 2005. Kejadian karies awal pada golongan kanak-kanak ini akan member kesan kepada meningkatnya kejadian karies pada gigi kekal. Dengan ini, pemerhatian terhadap kesihatan mulut bagi golongan ini akan memberikan kesan jangka panjang yang baik kepada kanak-ini untuk sepanjang hayat mereka.
Maka Program Promosi Kesihatan Pergigian patut diadakan bagi meningkatkan lagi kesedaran Ibu-bapa / penjaga kepada golongan ini terhadap kesihatan gigi dan mulut.
OBJEKTIF
1.1 Mempromosikan aktiviti pencegahan kepada guru tadika di Taska / Tadika Penyayang.
1.2 Untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya kesihatan pergigian pada peringkat toddlers ( kanak – kanak berumur 4 tahun dan kebawah).
1.3 Untuk mengawal kejadian karies gigi awal pada golongan ini.
1.4 Memberi pendedahan kepada guru tentang penjagaan kesihatan pergigian.
No comments:
Post a Comment